Monday, 2 November 2015

Dress Sulam

Dress Satin Sulam
RM100+RM10 (postage semenanjung)
Berminat PM 0125821357 
Satu design untuk satu saiz sahaja







Tuesday, 1 September 2015

Sudah sekian lama saya menyimpan hasrat untuk membuat homemade tat keju. Langkah pertama ialah perlu ada acuan. Bila jengah jengah di kedai harga acuan boleh tahan juga, jadi pembelian secara berperingkat. Langkah seterusnya pula ialah membeli bahan bahan lain seperti krim keju, mentega, marjerin..stok tepung dan telur tak perlu risau kerana sentiasa ada di dapur. Bahan bahan semua sudah tersedia tapi tak bermotivasi untuk mulakan cubaan pertama. Sejarah terlakar pada hari cuti Kemerdekaan 2015 apabila Adam Haziq meminta saya untuk buat krim keju. Cubaan pertama ni berjaya untuk kulit tat tapi kurang berjaya untuk isi, persembahan tidak begitu menarik tetapi rasanya boleh tahan. Inshaa allah boleh diperbaiki. Bila dikaji semula resepi untuk sediakan isi tat, rupa rupanya ada bahan yang tak dimasukkan. Di sini saya ingin berkongsi resepi yang sudah ditambah baik.

Bahan kulit

125g mentega
125g marjerin
1 biji telur
100g gula halus
500g tepung gandum
1 sudu teh esen vanila

Kaedah

Pukul mentega dan marjerin bersama gula sehingga kembang. Kemudian masukkan telur dan esen vanila, kacau sebati. Seterusnya masukkan tepung sedikit demi sedikit dan sebatikan hingga menjadi doh. Ambil sedikit doh tersebut dan tekan tekan didalam acuan untuk menghasilkan kulit tat. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 10-15 minit pada suhu 170 darjah celcius

Bahan isi

250g krim keju
50g mentega
50g gula halus
1 biji telur

Kaedah

Putar krim keju, mentega dan gula hingga berkrim. Seterusnya masukkan telur dan kalau sebati
Masukkan krim tersebut ke dalam piping beg dan isikan ia ke dalam kulit tat. Lorekkan corak dengan pewarna mengikut kretiviti. Bakar selama 5 minit pada suhu 170 darjah celcius

Monday, 31 August 2015

Salam kemerdekaan 2015..tema Sehati Sejiwa pada tahun ini lebih menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia.

Semoga keamanan dan kestabilan politik negara kita Malaysia terpelihara seterusnya dapat mengecap kemajuan.




Saturday, 5 July 2014

Salam ramadan 2014..syukur alhamdulillah kerana masih bernafas dan dapat menjalani ibadah puasa. Semoga kita mendapat rahmat dan kasih sayangNya.

Salam perkenalan daripada saya Rosaniza binti Kamarudin. Hamba Allah yang ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan bersama-sama.